Tuesday, November 9, 2010

Berita Sukan Terkini: Nadal sertai tenis ATP final

Dari wartawan Berita Sukan Terkini melaporkan


PARIS - Pemain No. 1 dunia, Rafael Nadal dijangka cergas untuk kejohanan tenis Final ATP Jejalah Dunia di London hujung bulan ini, walaupun menarik diri dari kejohanan Paris Masters, akibat cedera bahu.

Nadal, yang akan menamatkan tahun ini sebagai pemain No. 1 dunia selepas memenangi Terbuka Perancis, Wimbledon dan Terbuka AS, mengalami kecederaan bahu kiri ketika kembali memulakan latihan minggu ini.

"Saya tidak bimbangkan kejohanan di London.

"Ia bukan keputusan yang mudah (menarik diri dari Paris Masters) kerana Paris bandar raya yang istimewa bagi saya, tetapi saya harus beraksi di sepanjang musim pada kejohanan Masters dan grand slam.

"Saya akan kembali berlatih tidak lama lagi, sebelum Ahad ini,'' katanya pada sidang akhbar di sini, kelmarin.

Walaupun sudah memastikan kedudukan No. 1 dunia sehingga hujung musim, Nadal tetap bersemangat untuk menamatkan musim ini dengan bergaya di Docklands, London, selepas prestasi buruk pada kejohanan tersebut yang diadakan buat pertama kali, tahun lalu.

"Saya akan mencuba apa sahaja di sana untuk beraksi dengan baik.Saya mahu memperbaiki imej saya di London,'' katanya.