Sunday, November 21, 2010

Berita Sukan Terkini: Emas Berganda dari Squash

Berita Sukan Terkini

GUANGZHOU - Malaysia kembali ligat memburu sasaran mencapai sembilan pingat emas pada Sukan Asia XVI di sini, selepas Datuk Nicol David dan Mohamad Azlan Iskandar masing-masing menyumbang pingat emas pada perlawanan akhir skuasy individu lelaki dan wanita, semalam.

Kejayaan Nicol dan Iskandar semalam menjadikan jumlah kutipan emas kontinjen negara di Sukan Asia kepada lima emas dan kembali meletakkan Malaysia bersaing mencari kedudukan 10 terbaik pada temasya yang akan berakhir pada 27 November (Sabtu) ini.

Nicol, pemain yang menduduki ranking No. 1 dan juara dunia turun selaku penyandang juara menentang lawannya dari Hong Kong, Annie Au, yang terpaksa berpuas hati dengan perak dalam perlawanan yang mendebarkan sebelum ratu skuasy itu mencatat kemenangan 11-8, 8-11, 11-6, 11-7.

Nicol yang menang dalam set pertama bagaimanapun, terpaksa akur pada kehebatan Annie bermain hantaran bola pendek apabila tewas 8-11 dalam set kedua sebelum bangkit dalam dua set berikutnya apabila lawannya mula nampak keletihan dan sering melakukan kesilapan.

Taktik pemain Hong Kong itu yang gemar melakukan hantaran pendek dan bermain rali akhirnya menjerat diri, apabila Nicol bijak menggunakan corak permainan pantasnya untuk mencuri mata.

Kejayaannya itu juga sekali gus melebarkan rekod kemenangannya pada Sukan Asia sejak meraih emas pertama pada Temasya Bangkok 1998 sebelum tewas pada perlawanan akhir di Busan 2002 untuk pulang gangsa dan bangkit merampas kembali kemenangan dalam Sukan Asia Doha 2006.

Nicol yang akan beraksi dalam acara berpasukan wanita berkata, beliau benar-benar terharu dan gembira dengan kejayaan memenangi acara individu.

''Dia (Annie) bermain dengan baik. Saya benar-benar memerah keringat pada petang ini (semalam). Saya menyedari terpaksa melakukan yang terbaik untuk menang pertarungan itu dan akhirnya saya berjaya. Ini adalah emas ketiga saya dalam Sukan Asia. Saya bangga dapat menyumbang pingat emas untuk Malaysia," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Sementara itu, Azlan yang akhirnya berjaya memenangi pingat emas pertama Sukan Asia mengakui berasa puas selepas sekadar meraih perak di Doha 2006 selepas tewas kepada Ong Beng Hee pada perlawanan akhir.

''Pingat emas ini ditujukan untuk negara. Ini yang paling penting. Kami dibayar untuk mencari pingat emas dan bukan sekadar berusaha keras semata-mata," ujarnya.

Pada perlawanan akhir, semalam Azlan yang turun selaku pilihan pertama berjaya menewaskan lawannya dari Pakistan yang menang perak, Aamir Atlas Khan 11-6, 11-7, 11-6 yang terpaksa akur dengan pengalaman yang dimiliki pemain Malaysia itu dalam tempoh 39 minit.

Aamir, kelmarin menewaskan penyandang juara Doha 2006, Beng Hee 11-5, 11-8, 9-11, 15-13 untuk menempah pertemuan akhir skuasy individu manakala Azlan mengetepikan cabaran India, Saurav Ghosal 11-5, 6-11, 11-5, 12-10.

Sementara itu, Beng Hee dan seorang lagi pemain perseorangan wanita negara, Low Wee Wern masing-masing membawa pulang pingat gangsa daripada acara individu itu. - Utusan

Berita Sukan Terkini

Friday, November 19, 2010

Berita Sukan Terkini: Skuad Wanita Boling terus Tenggelam

Wartawan Berita Sukan Terkini melaporkan untuk berita sukan boling


Bertempat di Guangzhou,skuad boling wanita negara terus tenggelam
setelah tamat dua saingan.Skuad boling wanita terus buntu apabila gagal
meraih pingat setakat ini.Namun terdapat lagi peluang untuk memenangi emas
samapai pada hari terakhir sukan.Kejayaan beregu lelaki menyuntuk semangat skuad wanita
negara

Saturday, November 13, 2010

Berita sukan Terkini: Malaysia Layak Pusingan Kedua Walaupun Tewas 3-0

Berita sukan Terkini: Malaysia Layak Pusingan Kedua Walaupun Tewas 3-0


Wartawan Berita Sukan Terkini melaporkan untuk Slot Berita Sukan Bola Sepak
bahawa Malaysia berjaya layak ke Pusingan Kedua Sukan Asia bola sepak setelah
menempuh perlawanan yang mendebarkan apabila hanya beraksi dengan 8 pemain.Semua ini
angkara pengadil yang berat sebelah dari Australia Williams. Skuad China berjaya menjaringkan
3 gol untuk mengambil kesempatan ke atas Pasukan Malaysia yang kekurangan pemain
Malaysia akan bertemu Iran untuk perlawanan setersunya.

Friday, November 12, 2010

Berita Sukan Terkini: Sukan Asia Malaysia Buru 9 Emas

Dari Wartawan Berita Sukan Terkini melaporkan untuk
Berita Sukan Asia


Pada Malam tadi secara rasminya Sukan Asia yang ke 16 dibuka bertempat
di Guangzhou China. Malaysia meletakkan sasaran untuk membawa
pulang 9 pingat emas dalam acara renang, basikal trek dan wusyu menjadi taruhan
pada hari pertama kejohanan. Jumlah ahli kontigen Malaysia
yang bertanding pada kali ini adalah seramai 333 atlet dan diiringin 144 orang pegawai.
Temasya Sukan Asia kali ini dijangka berlangsung dari 12 November hingga 27 November

Berita Sukan Terkini

Thursday, November 11, 2010

Berita Sukan Terkini: Pertembungan Manchester United dan Manchester City. 0 - 0

Dari wartawan berita sukan terkini melaporkan untuk berita sukan bola sepak antarabangsa:

Kesudahan perlawanan EPL antara kelab terhebat Manchester United dan Manchester City adalah seri tanpa jaringan. kedua- dua pasukan ini buntu untuk menjaringkan gol.Walau bagaimanapun pengurus Manchester City berpuas hati dengan peningkatan pemainnya yang dapat mengikat pasukan Manchester United untuk memastikan kedudukan dalam liga terjamin di kedudukan 4 teratas

Wednesday, November 10, 2010

Berita Sukan Terkini.; Jepun Menang 2-0 Lawan Malaysia di Sukan Asia

Wartawan Berita Sukan Terkini melaporkan bahawa pasukan Malaysia telah tewas di tangan Jepun dalam aksi perlawanan kedua acara bola sepak Sukan Asia di Guangzhou China. Gol yang dijaringkan oleh Jepun pada minit 25 dan 65 membolehkan Jepun selese mendahului Kumpulan selepas aksi bergaya menewaskan pasukan Tuan Rumah China dengan jaringan 3 - 0. Di harap pemain dapat berusaha dengan lebih gigih lagi seterusnye.iaitu apabila aksi menentang tuan rumah, China

Tuesday, November 9, 2010

Berita Sukan Terkini: Nadal sertai tenis ATP final

Dari wartawan Berita Sukan Terkini melaporkan


PARIS - Pemain No. 1 dunia, Rafael Nadal dijangka cergas untuk kejohanan tenis Final ATP Jejalah Dunia di London hujung bulan ini, walaupun menarik diri dari kejohanan Paris Masters, akibat cedera bahu.

Nadal, yang akan menamatkan tahun ini sebagai pemain No. 1 dunia selepas memenangi Terbuka Perancis, Wimbledon dan Terbuka AS, mengalami kecederaan bahu kiri ketika kembali memulakan latihan minggu ini.

"Saya tidak bimbangkan kejohanan di London.

"Ia bukan keputusan yang mudah (menarik diri dari Paris Masters) kerana Paris bandar raya yang istimewa bagi saya, tetapi saya harus beraksi di sepanjang musim pada kejohanan Masters dan grand slam.

"Saya akan kembali berlatih tidak lama lagi, sebelum Ahad ini,'' katanya pada sidang akhbar di sini, kelmarin.

Walaupun sudah memastikan kedudukan No. 1 dunia sehingga hujung musim, Nadal tetap bersemangat untuk menamatkan musim ini dengan bergaya di Docklands, London, selepas prestasi buruk pada kejohanan tersebut yang diadakan buat pertama kali, tahun lalu.

"Saya akan mencuba apa sahaja di sana untuk beraksi dengan baik.Saya mahu memperbaiki imej saya di London,'' katanya.

Monday, November 8, 2010

Berita Sukan Terkini: Malaysia Menang Lawan Kyrgyzstan


Wartawan Berita Sukan Terkini melaporkan berita gembira buat peminat sukan bola sepak Malaysia. Malaysia telah mengalahkan Kyrgyzstan dengan jaringan gol 2-1 bertempat di Stadium Huadu. Ia adalah aksi pertama skuad bola sepak Malaysia pada perlawanan Kumpulan A yang menempatkan pasukan handalan. Tahniah diucapkan kepada skuad Malaysia di atas kejayaan pada perlawanan pertama ini.

Sunday, November 7, 2010

Berita Sukan Terkini. Proton Tawan Rali di China


Wartawan Berita Sukan Terkini melaporkan berita sukan tempatan hari ini bahawa satu berita gembira buat peminat sukan Rali tanah air.Proton telah berjaya dalam perlumbaan rali di China. Kemenangan tempat pertama dan kedua memberikan Malaysia menduduki tempat kedua dalam kategori pengeluar.satu kejayaan yang membanggakan.